Friday, March 9, 2012

Warrrgggghhhhh!!!

Assalamualaikum..

Ok! Dh lm gile kot xupdate blog ni..

Amboihhhhh...

Tlalu lama.. Arghhh...!!

Ape aku nk tulis ni?? Tlalu byk cite best..

Nk mula yg mane dlu??

OK! Mari pikir sm2..

Sbb?

Skrg aku tgh lapa..

So?

Aku xbole nk bpikir la.. Tolong la phm..

Huh.

Wednesday, September 28, 2011

Doa


Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi kenapa banyak dugaan,
kadang-kadang kita minta cerdik tapi masalah pula yang timbul,
kadang-kadang kita minta bahagia tapi hura-hara pula datang…
Dugaan menjadikan mental kita kuat,
masalah menjadikan kita berfikir,
huru-hara menjadikan kita tabah…

Hebat kan Allah…semua ada hikmah…
Kalaulah manusia tahu hadis ini:

“Telah berkata Jibril: Wahai Tuhan, kau sampaikanlah hajat hambamu, maka Allah menjawab: Biarkan hambaku itu, kerana aku mencintai suaranya(doanya) -Diriwayatkan oleh Anas bin Malik

Bila engkau memandang segalanya dari tuhanmu…
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu…
kerna masakan Allah tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang DIA mahu…
kerana DIA tahu,
hati yang sebeginilah yang lebih lunak,
mudah untuk dekat dan akrab denganNYA..

Friday, April 22, 2011

Wanita yang Dianggap Lemah Itu..

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya

Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa

Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa

Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu

Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit

Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

" Kekayaan yang paling Kaya ialah Akal,
Kemiskinan yang paling Besar ialah Jahil,
Keburukan yang paling Hodoh ialah Sesat "


Tak perlu mncari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,

Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI.....

Monday, April 11, 2011

SRK Convent Infant Jesus (1) - 4

 Siti Aisyah bt Shukor (Sory Cha!)
Masa ni ade majlis perpisahan dengan budak-budak darjah 6. hohohho.. bestt..

 Lina Diyana bt Hedzier
Masa ni dalam kelas 6 Biru, tengah berseronok sebab next year nak naik Form 1. So, kami macam adekn party memekak dalam kelas. Hee.. (Sory Lina Comel!)

Zunairah (budak kecik ni comel, tah mane la dia)

Aida bt Shatar n Adeline Lim 
Wat? Shocking? Hahaha.. Adeline.. take away your book. I wanna see your face in my camera!

Hmm.. wat a moment.. best.. Sekali sekala tengok balik gambar lama seronok kan.. rasa nak gelak pun ade.. tersengih sengih pun ade.. Hee.. Next updated!

Tuesday, April 5, 2011

SMK Infant Jesus Convent - 1

HaH! Ade lagi gambar.. masa aku Form 5 la tapi.. tapi ok la kan.. kan.. jap.. jap..

cari la aku dok mane kalau pandai.. :)

haa.. bestnyee... cari.. cari.. tapi member2 ni sume tah mane. ade yang jumpe.. ade yang tak jumpe..


Weyh.. aku tak tahu ngape tade mood nak sembang sini ni.. Aku tak tau ape aku sembang ni.. adooo...